Apabila menyebut perkataan saham, ramai yang tahu bahawa saham yang di jual khususnya di negara malaysia adalah melalui Bursa Malaysia dan Bursa juga telah melantik beberapa syarikat yang di jadikan sebagai Brokerage. Untuk membeli saham di Malaysia, seseorang perlu membuka akaun CDS dengan mana-mana broker saham.
Tapi bagaimana pula caranya nak beli saham global atau saham luar negara? Contohnya nak beli saham APPLE atau GOOGLE?
Caranya sama, untuk membeli saham anda perlulah melalui brokerage atau exchange. Banyak broker yang ada di dalam dunia ini dan kebanyakkan trader saham di Malaysia yang membuat kelas-kelas saham mereka selalunya menggunakan SAXO Bank.
Aku pada mulanya mendaftar juga dengan SAXO tapi apabila melihat fees yang di kenakan agak tinggi aku mula mencari alternatif lain. SAXO mungkin sesuai bagi yang membeli Options dan bukanlah membeli Equity. Options ini risiko nya lebih tinggi. Nasihat aku untuk elakkan bermain options.
Platform pilihan aku adalah lebih murah, tidak di nafikan platform SAXO adalah platform yang sangat canggih dan interactive. Tetapi untuk permulaan aku menggunakan platform Interactive Brokers. Platform ini hanya mengenakan fees 0.005 sen untuk setiap unit saham yang di beli.
Platform kedua menjadi pilihan aku adalah TradeStation. Platform ini lebih versatile dan juga mempunya bahasa pemograman tersendiri iaitu EasyLanguage. EasyLanguage sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin membuat automation dan juga indicator sendiri dalah chart. Sangat sesuai untuk analis teknikal kerana bahasanya amat mudah. Lebih mudah dari python. Tak perlulah anda belajar bahasa yang kompleks untuk membuat indicator atau studies pada sesuatu chart. Fee untuk TradeStation adalah fee per trade, bukan per share.
Kelas Saham Bursa Malaysia (KLSE) & GLOBAL - RM69 shj!
>> Maklumat Lanjut disini >> http://www.KLFX.blogspot.com
.
Tuesday, April 20, 2021
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment